KEADAAN mangsa yang cedera selepas ditembak dua penjenayah dalam kejadian samun di Ladang Tongsang, Sandakan.
KEADAAN mangsa yang cedera selepas ditembak dua penjenayah dalam kejadian samun di Ladang Tongsang, Sandakan.
Oleh Junaidi Ladjana

Sandakan: Dua pekerja ladang kelapa sawit bertindak nekad apabila menembak pengurus ladang sehingga mati sebelum melarikan wang gaji pekerja berjumlah RM30,000 dalam kejadian samun di pejabat Ladang Tongsang, Batu 4, Jalan Sukau, Kinabatangan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa, Yuen Wing Wah, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di tengkuk selepas terkena beberapa das tembakan dipercayai dilepaskan dua lelaki terbabit menggunakan senjata api.

Pada masa sama, pemilik ladang kelapa sawit itu, Danny Wong, 30, yang berada di dalam pejabat turut cedera di belakang badan dan perutnya akibat terkena tembakan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu disedari mandur ladang berkenaan yang ketika itu berada di bawah pejabat dan terkejut apabila terdengar bunyi dua das tembakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 8:41 AM