KERETA yang digunakan ibu tiri mangsa. FOTO AGENSI
KERETA yang digunakan ibu tiri mangsa. FOTO AGENSI
Agensi

HARRISBURG (Amerika Syarikat): Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan kritikal selepas terkena tiga das tembakan ketika berada di dalam kereta dipandu ibu tirinya di Philadelphia, malam semalam.

Wanita terbabit dikatakan melalui West Luzerne Street sebelum terdengar bunyi tembakan lalu meneruskan perjalanan untuk menyelamatkan diri, lapor NBC 10.

Daily Mail melaporkan, dia yang tiba di destinasi kira-kira 10 minit kemudian mendapati terdapat lima kesan peluru pada kereta sebelum menyedari anak tirinya terkena tiga das tembakan.


Menurut polis, mangsa yang cedera di kepala, dada dan punggung terus dikejarkan ke Einstein Medical Center sebelum dipindahkan ke St. Christopher's Hospital dan dilaporkan amat kritikal.

Sehingga kini, polis masih belum melakukan sebarang penahanan terhadap suspek yang mungkin terbabit melepaskan tembakan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 12:12 AM