KANAK-KANAK mendapat manfaat menerusi ilmu pergerakan badan.
KANAK-KANAK mendapat manfaat menerusi ilmu pergerakan badan.
KEMAHIRAN dalam kraftangan menjadikan pemikiran lebih kreatif.
KEMAHIRAN dalam kraftangan menjadikan pemikiran lebih kreatif.
PENDEDAHAN mengenai sains menerusi Science Bridge Academy.
PENDEDAHAN mengenai sains menerusi Science Bridge Academy.

Selain mengambil peluang membawa anak-anak melancong sama ada di dalam mahupun luar negara, cuti persekolahan masa sesuai bagi ibu bapa mengatur pelbagai aktiviti berfaedah.

Sama ada membabitkan program kemahiran atau fizikal, program sebegini mampu memberikan satu kelainan kerana berbeza dengan pembelajaran di sekolah.

Sempena cuti persekolahan pertengahan Jun ini, The School di Jaya One akan melancarkan program cuti sekolah selama empat hari dengan kerjasama 11 pusat pembelajaran bermula 8 hingga 11 Jun ini.

Program buat kali kedua ini bertujuan membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun ­menyertai pelbagai kelas bagi memperkayakan pengetahuan mereka terutama dalam bidang sains, teknologi, muzik, pergerakan badan, bahasa, seni dan kraftangan.

Menurut Pengarah Eksekutif Tetap Tiara Sdn Bhd Charles Wong, ibu bapa hari ini sentiasa mencari peluang untuk menghantar anak-anak mereka menyertai kelas memperkayakan pengetahuan supaya musim cuti persekolahan anak-anak menjadi lebih berfaedah.

“Untuk itu, kami memperhalusi program ini supaya ia bukan saja menyeronokkan dan bersifat interaktif, tetapi membolehkan kanak-kanak meneroka minat masing-masing yang unik dalam pelbagai bidang. Malah, program ini berupaya menggilap potensi mereka di luar bilik darjah,” katanya.

Melalui pakej program dengan bayaran RM800 seorang termasuk makanan, kanak-kanak berpeluang mengikuti pelbagai program pengetahuan di Learning Fresh, Fantasia

Music School, Academy of Rock, The Children’s House, Beebop Circus, Cross Muay Thai, Roboticist, Science Bridge Academy, Dialogue in the Dark, Jump Street dan Craft Space.

Untuk menyertai program menarik ini, ibu bapa boleh mengunjungi POP by Jaya One di tingkat bawah The School untuk membuat pembayaran. Selain itu, Hari Penyampaian Ijazah turut diadakan pada 14 Jun dan ibu bapa berpeluang menghadiri sesi temu bual secara perseorangan dengan guru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemajuan pembelajaran anak-anak mereka.

Bagi ibu bapa yang ingin menyertainya, pendaftaran bermula sekarang sehingga 5 Jun ini. Jangan lupa untuk menyertai pendaftaran masuk seterusnya pada Ogos ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.theschool.my atau laman Facebook di www.facebook.com/theschool.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 11:20 AM