Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Kedai serbaneka 24 jam di Simpang Empat, di sini, disamun dua lelaki bersenjatakan pistol dan parang yang melarikan wang tunai RM80, kira-kira 2.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek berusia 20-an yang memakai topi keledar berpenutup masuk ke kedai itu menyamar sebagai pelanggan dan berpura-pura ingin membeli rokok.

Menurutnya, beberapa minit kemudian suspek terus mengacukan pistol dan parang serta mengarahkan pekerja lelaki berusia 24 tahun menyerahkan wang tunai.

€œSebaik mengambil wang tunai sebanyak RM80, suspek terus melarikan diri menaiki kereta menuju ke Kota Sarang Semut, di sini.

€œKetika kejadian itu pekerja terbabit tidak dicederakan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 5:45 PM