GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Pekerja kedai serbaneka berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan pisau di Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 5 pagi itu, dua suspek itu melarikan wang tunai dan pelbagai jenis rokok.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ketika kejadian mangsa berseorangan di kaunter kedai dan tiada pelanggan.

"Suspek dua lelaki tempatan menaiki kereta Perodua Axia masing-masing bersenjatakan parang dan pisau pemotong daging serta memakai pelitup muka masuk ke premis sebelum melarikan wang tunai dan rokok.

"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Usaha mendapatkan maklumat dan mengesan suspek masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2022 @ 6:12 PM