RUQAYYAH Farhani, memangku jenazah anak kembarnya sambil tersenyum yang kini viral di laman sosial.
RUQAYYAH Farhani, memangku jenazah anak kembarnya sambil tersenyum yang kini viral di laman sosial.
Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: “Saya tidak menangis bukan kerana saya tidak sedih, tetapi saya reda dan bersyukur kerana tahu Maryam pergi ke tempat terbaik di sisi Allah SWT,” kata Ruqayyah Farhani Mohd Shukry, 22.

Ibu muda itu menarik perhatian ramai pelayar alam siber selepas tersebar gambarnya dalam keadaan wajah menguntum senyum ketika memangku jenazah bayinya yang meninggal dunia hanya selepas dua minggu dilahirkan.

Gambar itu menjadi viral di laman sosial Facebook dan Instagram dan banyak pihak mengagumi ketabahan Ruqayyah Farhani yang juga pelajar jurusan Ulum Islamiah daripada Universiti Al-Azhar.

Ruqayyah Farhani berkata, arwah anaknya yang diberi nama Maryam Farihah Abdullah Mubarak meninggal dunia jam 5.57 pagi, 24 April lalu kerana kelahiran pra-matang dan jangkitan kuman dalam darah.

Menurutnya, kembar Maryam Farihah, Marsya Farihah juga mengalami komplikasi sama dan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebuah hospital di Pahang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 8:20 AM