Ia mengenai kisah sebenar penulis ketika dia melahirkan bayi kembar pada usia kandungan yang masih belum mencecah sembilan bulan sebelum seorang daripada bayinya dijemput bertemu Ilahi.

“Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan.

“Sebaik saja aku masuk ke bilik itu, kelihatan dari jauh tiga doktor di katil Maryam. Aku segera mendekati dan hancur luluh hatiku. Muka maryam sudah berubah. Darah keluar dari mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.

“Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar. “Maryam, Mama datang, sayang....”

INFO

- Judul: Maryam Anak Syurga

- Penulis: Ruqayyah Farhani, Abdullah Mubarak

- Penerbit: PTS Publishing House

- Harga: RM13

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 7:51 AM