HOSPITAL Shah Alam. FOTO arkib NSTP
HOSPITAL Shah Alam. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Shah Alam: Kebakaran kecil berlaku di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Shah Alam di Seksyen 7 di sini, hari ini, namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

Menurut sumber hospital itu, kebakaran dipercayai berlaku 9 pagi dan pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada pihak bomba untuk mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian.

"Kesemua 36 bayi telahpun dipindahkan ke wad berhampiran akibat kebakaran itu.

"Pengurusan krisis yang mantap dapat membantu pihak hospital memindahkan bayi berkenaan dalam tempoh masa yang singkat," katanya ketika ditemui di hospital itu.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kebakaran kecil berlaku membabitkan peralatan di wad NICU berkenaan dan api berjaya dikawal dalam masa yang singkat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 3:57 PM