FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Banting: Empat kedai termasuk sebuah restoran musnah dalam kebakaran di Jalan Sultan Abdul Samad di sini, kira-kira 5 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.01 pagi sebelum empat jentera bersama 26 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran memusnahkan empat kedai dan api berjaya dikawal pada 5.57 pagi.

Katanya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2015 @ 10:41 AM