KERETA yang musnah. FOTO ihsan Bomba
KERETA yang musnah. FOTO ihsan Bomba
Oleh Naqiukamil Abdullah

Banting: Sebuah kereta musnah dalam kebakaran di bawah jambatan Kampung Sawah, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun kejadian 2.30 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kerana tiada sesiapa berada di dalam kereta berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.46 pagi daripada orang awam yang melihat kejadian itu.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

"Api dapat dikawal pada 3.10 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.29 pagi. Siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemui mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 5:33 PM