SHAMSUBAHRIN dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan serta penalti. FOTO Zulfadhli Zulkifli
SHAMSUBAHRIN dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan serta penalti. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Oleh Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail dijatuhi hukuman penjara lapan tahun, empat sebatan dan penalti sebanyak RM611,895.94 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menipu bekas Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail berjumlah RM1.755 juta.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamsubahrin, 46, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut 22 pertuduhan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 73 tahun enam bulan tetapi ia berjalan serentak bermula dari tarikh hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh mengemukakan rayuan dengan syarat wang jaminan dinaikkan daripada RM300,000 ke RM350,000.

Hakim Rozilah dalam keputusannya juga memerintahkan penalti itu dibayar dalam masa tiga bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:41 PM