Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menangguhkan sehingga 18 Mei ini untuk keputusan kes seorang ahli perniagaan, Shamsubahrin Ismail yang didakwa atas lima pertuduhan menipu bekas pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Sebelum ini, Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh semalam untuk keputusan, bagaimanapun ia ditangguhkan selepas pihak Shamsubahrin ada mengemukakan hujah tambahan berhubung kes mereka, minggu lalu.

Pendakwaan dijalankan Datuk Abdul Razak Musa manakala Shamsubahrin diwakili peguam Datuk Kamarul Hisham Kamarulzaman dan Hasnal Redzua Merican.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 10:48 AM