Shamsubahrin
Shamsubahrin
Murni Wan Omar


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan ahli perniagaan, Shamsubahrin Ismail daripada pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Shamsubahrin bagi hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Beliau memutuskan bahawa isu yang dibangkitkan ketika rayuan memprejudiskan tertuduh.

Pada 18 Mei 2015, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap Shamsubahrin selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan menipu dan pengubahan wang haram.

Beliau juga diperintah membayar penalti RM611,895.94.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 4:33 PM