Kathmandu: Lapan mayat askar berjaya ditemui dari bangkai helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) yang hilang ketika menjalankan misi bantuan gempa bumi di kawasan pergunungan Nepal.

Menurut jurucakap tentera Nepal Jagadish Pokharel, jasad mereka akan dibawa ke Kathmandu secepat mungkin.

Enam anggota Marin AS dan dua askar Nepal berada di dalam helikopter itu ketika dilaporkan hilang selepas mengagihkan bantuan pada hari sama gegaran susulan besar melanda Nepal.

Sebelum insiden berlaku, radio menerima laporan daripada krew terbabit mengenai masalah kekurangan minyak.

Helikopter berkenaan menjalankan operasi bantuan di wilayah Himalaya yang dilanda gempa kuat bulan lalu, yang membunuh lebih 8,000 nyawa, sementara ratusan ribu bangunan dilaporkan musnah.

Menurut kementerian pertahanan Nepal, helikopter yang pernah digunakan dalam peperangan Vietnam itu musnah sepenuhnya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:04 AM