Pastikan tulang sihat untuk bantu suami OKU.
Pastikan tulang sihat untuk bantu suami OKU.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah pepatah sesuai buat lelaki cacat penglihatan, Ahmad Ridzuan Fazri Jahya, 28, yang terpaksa menempuh onak dan duri meneruskan kehidupan serba kekura­ngan.

Namun kecacatan itu tidak pernah menjadi penghalang buatnya mencari sesuap nasi dan nafkah buat isteri tercinta, tiga anaknya serta ibu mentua yang kini lumpuh separuh badan akibat strok.

Meskipun buta akibat genetik keluarga sejak kecil, Ahmad Ridzuan tidak mensia-siakan kudrat yang ada dengan bekerja sebagai tukang urut orang kelainan upaya (OKU) bersama beberapa lagi rakan OKU lain untuk menyara keluarga­nya.

Bagaimanapun, dia kini terpaksa berdepan masalah komplikasi tulang dan diska tergelincir (pada tulang belakang) sekali gus menyebabkan pergerakannya terbatas dan menjejaskan pendapatannya sebagai ketua keluarga.

“Saya perlu menjalani rawatan akibat penyakit yang dialami ini di Hospital Besar Kelantan setiap dua bulan sekali. Mujur ada isteri yang tidak pernah jemu membantu saya untuk menampung keperluan keluarga.

“Isteri yang juga suri rumah terpaksa mengambil upah membuat kuih dan makanan secara kecil-kecilan untuk membantu saya mencari nafkah,” katanya.

Wanita cekal itu kini bertindak sebagai pembantu Ahmad Ridzuan ke mana-mana saja kerana suaminya itu tidak mampu melakukan kerja seorang diri akibat penyakit yang dialaminya.

Menjadi tulang belakang Ahmad Ridzuan sejak mereka berkahwin, sebagai isteri dia perlu mempu­nyai kesihatan yang sentiasa dalam keadaan baik selain kesihatan tulang yang kuat untuk menjaga suami dan anak-anak serta ibu yang semakin uzur.

Di sinilah pentingnya untuk wanita mementing­kan amalan mengambil diet seimbang dengan meminum susu dalam usaha mengekalkan kesihatan tulang supaya dapat menjalankan tugas terhadap rumah tangga dengan baik serta menjaga suami, anak-anak serta ibu yang semakin dimamah usia.

Segelas susu berkalsium tinggi seperti Anlene yang mengandungi 500 hingga 600 miligram kalsium dan diambil dua gelas sehari adalah cukup untuk memenuhi keperluan kalsium harian.*

Susu Anlene dirumus khas untuk membantu mengekalkan kekuatan tulang bagi orang dewasa, diperkayakan dengan kalsium dan nutrien lain seperti vitamin D, magnesium dan zink bagi membantu membina tulang kuat.

Ia kini diperkaya dengan serat pemakanan dikenali FOS-Inulin yang membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan kepadatan mineral tulang.**

Bagi pembaca yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Ahmad Ridzuan di alamat No 180, Jalan Boustead 16200 Tumpat, Kelantan.

Bermula dari 20 April hingga 31 Mei, dengan setiap pembelian Anlene 550 gram ke atas dari rangkaian kedai terpilih, 50 sen akan disumbangkan kepada Tabung Bersamamu bagi membantu mereka yang memerlukan.

* USDRI, 2011 (untuk umur 19 tahun dan ke atas)

** Apabila diambil bersama makanan kaya kalsium.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 6:41 AM