Tulang mungkin semakin lemah seawal umur 30an. Semakin meningkat usia, tulang mungkin akan kehilangan sehingga 20 peratus kepadatan tulang.
Tulang mungkin semakin lemah seawal umur 30an. Semakin meningkat usia, tulang mungkin akan kehilangan sehingga 20 peratus kepadatan tulang.
Noraniza Azmi

APABILA usia semakin meningkat, kebimbangan mengenai tahap kesihatan sudah pasti bermain di minda setiap individu. Namun, adakah kebimbangan itu disusuli dengan tindakan yang sewajarnya?

Menerusi hasil tinjauan Anlene™️  dalam kalangan rakyat Malaysia yang berumur 40 hingga 59 tahun mendapati, 95 peratus daripada responden berasa risau mengenai kesihatan tulang mereka dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan serta pergerakan apabila semakin meningkat usia.

Jarang bersenam, kurang pendedahan kepada cahaya matahari untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium dan mengelak daripada  mengambil produk tenusu dalam pemakanan adalah antara tiga faktor penyumbang terbesar yang membimbangkan mereka. 

Walaupun sedia maklum bahawa penting untuk memiliki tulang yang kuat, 42 peratus responden memberitahu, fokus pada masa kini lebih kepada melindungi diri daripada dijangkiti wabak COVID-19 manakala 33 peratus lagi berpendapat, mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kesihatan, termasuklah kesihatan tulang. 

Kesihatan tulang mungkin semakin merosot apabila menginjak usia emas

ImageAdakah anda sudah memberi perhatian secukupnya terhadap kesihatan tulang? -FOTO Anlene

Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Pematuhan Fonterra Brands Malaysia, Megawati Suzari , berkata masih terdapat jurang dalam memahami mengenai kesihatan tulang.

"Individu yang kini di pertengahan usia, seharusnya menilai sama ada mereka memberi perhatian yang mencukupi untuk menyokong tulang. Ini  kerana tulang perlu berfungsi bersama sendi dan otot untuk membantu pergerakan dalam menjalani kehidupan seharian.

"Tulang mungkin semakin lemah seawal umur 30-an. Tulang rawan sendi pula mungkin mengalami kemerosotan yang ketara selepas usia 40-an," katanya.

Image

Sementara itu, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Nor Faissal Yasin, berkata warga Malaysia pertengahan usia perlu memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang, seperti osteoporosis yang mungkin dihidapi oleh hampir satu daripada empat warga Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.

Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya dapat diketahui  apabila berlakunya keretakan tulang kebiasaanya di pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang. 

"Faktor risiko osteoporosis termasuk kekurangan pengambilan  kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut serta sejarah keluarga. 

"Mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari boleh membantu  mencegah osteoporosis," katanya. 

Cara kekalkan tulang kuat

Image

Intervensi gaya hidup perlu diamalkan supaya tulang, sendi dan otot boleh terus menyokong gaya hidup aktif beserta dengan pergerakan yang baik sehingga ke usia emas. 

Oleh itu, rakyat Malaysia sewajarnya melakukan senaman secara berkala, terutamanya senaman yang membantu untuk membina otot dan mengekalkan tukang yang kuat. 

Pemakanan seimbang yang mengandungi zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein  juga perlu dititikberatkan. 

Menerusi tinjauan yang sama, 30 peratus responden tidak mengetahui jumlah kalsium dan vitamin D yang perlu diambil setiap hari dan hanya 30 peratus mengamalkan tabiat untuk minum susu setiap harI.

Orang dewasa adalah digalakkan untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Image

Sebagai contoh, setiap gelas susu Anlene™️ dilengkapi dengan zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X™️ dilengkapi dengan kalsium tinggi, kolagen, protein tinggi dan vitamin B2, B6, B12, C,D,E.  

Anlene™️ GOLD 5X™️ dirumus secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat penting seperti di atas, ditambah dengan MFGM Active™️, yang membekalkan membran globul lemak susu. Produk susu ini juga tidak mengandungi gula tambahan.

Kajian menunjukkan,  bahawa peserta yang mengambil dua  gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan zat penting serta mengamalkan senaman berkala setiap hari, mengalami peningkatan fleksibiliti dua kali ganda dan keseimbangan tiga kali ganda serta peningkatan jisim otot sebanyak 40 peratus lebih banyak berbanding kumpulan kawalan.

Ingin  tahu apakah Usia Pergerakan anda dengan penilaian postur, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan anda? Klik pautan Anlene Move Check

[1] Benjamin, R. (2010). Bone Health: Preventing Osteoporosis. Public Health Reports, 125(3), 368-370. doi: 10.1177/003335491012500302

[2] Hormones and Healthy Bones. National Osteoporosis Foundation. 2009.

[3] Chung, Aging in Human Joint: Articular cartilage. 1966. Journal of the National Medical Association. 58 (2): 87 – 95.

[4] Daly R et al., 2013. Gender specific age-related changes in bone density, muscle strength & functional performance in the elderly: a 10-year prospective population-based study. BMC Geriatrics 13:71.

[5] Daly RM et al. (2020) Effects of a multinutrient-fortified milk drink combined with exercise on functional performance, muscle strength, body composition, inflammation, and oxidative stress in middle-aged women: a 4-month, double-blind, placebo-controlled, randomized trial. The American journal of clinical nutrition, 112(2), 427–446

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 3:33 PM