Michelle Yeoh.
Michelle Yeoh.

Kuala Lumpur: Lemah, sakit, kurang bergerak, dan tertekan, adalah persepsi umum terhadap orang yang lebih berusia.

Kitaran stereotaip yang melulu ini menjadi lebih teruk disebabkan oleh pemikiran orang tua yang tidak mampu mencapai sebarang matlamat hidup disebabkan oleh idea-idea penuaan yang telah tersemai sebelumnya.

Stereotaip ini turut menyebabkan mereka menjadi lebih lemah dan kurang produktif.

Untuk melawan stereotaip ini, Anlene menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #PergerakanTanpaBatasan.

Kempen ini bertujuan mengajar cara kita boleh bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel, supaya kita dapat menjadi versi diri yang terbaik, walaupun selepas meningkat usia.

Penolong Pengurus Nutrisi Fonterra Brands Malaysia, Liew Yen Lee berkata, dari sudut pemakanan, antara faktor utama untuk kekal aktif dan mudah bergerak adalah dengan pengambilan diet seimbang serta nutrien seperti kalsium, protein, kolagen, dan mineral.

"Mobiliti dalam kalangan rakyat Malaysia berisiko kerana keputusan imbasan tulang daripada aktiviti Anlene Mobility Check sebelum ini mendapati bahawa tujuh daripada 10 orang dewasa di Malaysia mungkin berisiko dengan masalah tulang yang lemah.

"Oleh itu, setiap individu wajib mengambil nutrien penting dengan secukupnya dan kerap melakukan senaman untuk mengekalkan kesihatan tulang yang optimum.

"Apabila usia anda meningkat, tulang anda akan mula kehilangan kalsium secara beransur-ansur.

"Bagi orang dewasa yang lebih tua, meningkatkan pengambilan kalsium adalah penting kerana penyerapan kalsium oleh usus akan berkurangan apabila seseorang itu semakin berusia.

"Selain itu, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk membantu mengekalkan jisim dan kekuatan otot yang menjamin kualiti hidup," katanya.

Kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene ini turut disertai ikon filem antarabangsa dan penyokong setia Anlene, Michelle Yeoh.

Yeoh berkata, pertama kali beliau minum Anlene adalah 15 tahun lalu, dan memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini pada tahun 2008 kerana falsafah yang diketengahkan Anlene.

"Mereka percaya dalam membolehkan anda menjadi lebih kuat daripada umur agar boleh terus bergerak bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat.

"Sehubungan itu, saya juga mahu terus membawa kebaikan kepada kehidupan orang lain melalui Anlene," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 4:13 PM