KEADAAN kereta yang tertimbus. FOTO Mohd Jamah Nasri
KEADAAN kereta yang tertimbus. FOTO Mohd Jamah Nasri
Oleh Mohd hilmie Husain

Melaka: Kereta Toyota Corolla ranap dihempap tembok penahan tanah di Taman Sungai Udang, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.

Pemiliknya Adris Abdul, 45, berkata, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi bising di depan rumahnya.

"Apabila melihat ke luar rumah, saya dapati kereta dihempap tembok simen dipercayai runtuh akibat hujan lebat tengah malam tadi.

"Saya bergegas ke rumah jiran memintanya mengalihkan kereta Proton Iswara yang terkena serpihan bongkah bata tembok pada bahagian bonet kanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 12:00 PM