ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kucing itu. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kucing itu. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek


Gombak: Seekor kucing yang diberi nama Kajol yang kepalanya tersepit pada lubang periuk nasi elektrik pemiliknya diselamatkan bomba, pagi tadi.

Pemiliknya seorang wanita berusia awal 20-an membawa Kajol ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Selayang, 10.30 pagi.

Ketua Balainya, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kucing itu.

"Pemiliknya seorang wanita membawa kucing bersama periuk ke balai kami.

"Bomba menggunakan pemotong untuk mengeluarkan binatang peliharaan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2016 @ 1:42 PM