Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Setiap individu diuji dengan dugaan yang berbeza. Setiap ujian yang diturunkan itu pas-tinya mempunyai hikmah di sebaliknya yang boleh menjadikan diri lebih menghargai masa dan kehidupan.

Buku Bercinta Sampai Syurga menceritakan pengalaman penulis dalam menjaga isteri tercinta yang lumpuh selama 15 tahun di samping turut menjaga ibu serta ibu mentua yang berusia lebih 80 tahun.

Pada masa sama, penulis masih berkerja dan perlu mengambil alih tugas isterinya dengan menjaga keperluan harian anak-anaknya seramai tujuh orang.

Pelbagai tip untuk menjaga pesakit lumpuh turut dikongsikan penulis bagi membantu individu lain yang turut diuji dengan dugaan yang sama.

INFO

- Judul: Bercinta Sampai Syurga

- Penulis: Nik Raihan

- Terbitan: PTS Publisher

- Harga: RM23

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2015 @ 12:43 PM