Saban tahun, bumi Makkah padat dengan kunjungan umat Nabi Muhammad SAW bagi menunaikan haji dan umrah.

Kota Makkah yang menjadi tempat letaknya Kaabah sebagai kiblat umat Islam itu mengalami perubahan mendadak setiap tahun seiring kemodenan dunia.

Apa yang diketengahkan Ziauddin Sardar dalam buku ini ialah bagaimana Makkah berperanan sebagai pusat untuk agama Islam, di samping budaya dan isu politik yang berlaku di sekelilingnya.

Bermula dengan sejarahnya sebagai lembah tandus di pandang pasir kepada evolusi sebuah bandar perdagangan dan pusat keagamaan empayar global, si penulis tidak ketinggalan mengkaji perjuangan agama dan pemberontakan di Makkah yang kemudian membentuk budaya masyarakat Islam seluruh dunia.

Ditambah dengan pengalamannya mengerjakan haji di sana, penulis juga menyertakan kisah konflik antara warisan dan arus kemodenan yang menambahkan lagi keunikan kota sarat sejarah itu.

INFO

- Judul: Mecca : The Sacred City

- Penulis: Ziauddin Sardar

- Penerbit: Bloomsbury Publishing

- Harga: RMRM57.95

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 8:50 AM