Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Kucing menjadi haiwan peliharaan bukan saja kerana berbulu lembut dan berwajah comel, tetapi juga kerana keletahnya yang menghiburkan. Kucing juga boleh menjadi sahabat dan teman bermain ketika kesepian. Malah, dengan karakternya yang tenang dan bijak, ia mampu membuatkan sesiapa saja jatuh sayang ketika memandangnya.

Anda tertarik untuk memelihara si comel? Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya ilmu asas untuk membela seekor kucing. Buku ini mengupas selok-belok penjagaan kucing, cara pemakanan yang betul dan pelbagai maklumat untuk mendapatkan kucing yang sihat, lincah dan cergas.

Antara topik menarik yang turut disentuh ialah bagaimana memilih kucing, di mana ia perlu ditempatkan, apa perlu anda ketahui apabila memiliki kucing betina, tabiat memancut dan menanda bagi kucing jantan, mengenali baka si comel, jenis kecemasan, asas penjagaan makanan dan kesihatan, asas penjagaan kucing mengikut jenis bulu, imunisasi atau vaksin dan ubat cacing serta pemandulan.

INFO

- Judul: Meow Si Kucing

- Penulis: Prof Madya Dr Gurmeet Kaur Dhaliwalm, Prof Madya Dr Malaika Watanabe, Prof Madya Dr Rosnina Yusof, Dr Siti Sarismahanim Ismail dan Dr Nor Alimah Rahman

- Penerbit: Alaf 21

- Harga: RM23

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 2:35 PM