Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Tiada seorangpun dalam dunia ini yang tidak diduga. Kaya dan bahagia itu dugaan, miskin dan derita itu juga dugaan. Namun dugaan atau masalah itu tidak sepatutnya dijadikan sebab untuk kita sedih berpanjangan.

Buku yang mengandungi pelbagai motivasi berguna ini menggambarkan ketabahan seorang wanita dalam mengharungi cabaran dan dugaan untuk bergelar seorang ibu.

Kisah yang pastinya membuka mata mengenai betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan seorang ibu untuk melahirkan anak dan tanpa sedar pembaca dapat memahami mengapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu melalui pembacaan buku ini.

Ternyata, pengorbanan ibu itu tiada tandingannya dan walau seluruh jiwa raga diberikan untuk membalas jasa seorang ibu, ia tidak akan mencukupi.

INFO

- TAJUK: Kerana Dia Ibu

- PENULIS: Shaza Baharuddin

- PENERBIT: Alaf21

- HARGA: RM19

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 10:43 AM