Oleh Yusri Abd Malek; Mohd Jamilul Anbia Md Denin; Iskandar Shah Mohamed; Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim


Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan identiti enam mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, dekat sini, petang tadi.

Semua mereka disahkan iaitu ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadinya, Razakan Seran, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri azlin Alias, Datuk Tan Huat Seang, juruterbang, Kapten Clifford William Fourniar dan pembantu operasinya, Aidana Baizieva.

Menurut Liow, helikopter itu milik IGB Corporation dan diuruskan Cempaka Aviation.

"Semua mangsa nahas sudah ditemui dan dibawa ke Hospital Kuala

Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut," katanya.

Liow berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca nahas berkenaan.

Katanya, secara peribadi, dia bersedih dengan kehilangan Jamaluddin dan Azlin kerana kedua-dua mereka adalah rakan.

"Ini adalah satu kehilangan besar kepada negara dan doa saya semoga keluarga serta mangsa lain tabah menghadapi tragedi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 12:17 AM