Kuala Lumpur: Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) menerusi anak syarikatnya, Boustead DCNS Naval Corp Sdn Bhd menerima kontrak tambahan dengan had nilai RM531.2 juta daripada kerajaan Malaysia.

BHIC berkata, kontrak itu membabitkan perkhidmatan sokongan dalaman (ISS) bagi dua unit kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disenaraikan sebagai kelas Perdana Menteri.

Menurutnya, nilai kontrak tambahan lanjutan kontrak ISS itu akan bermula semalam sehingga 31 Mei 2017.

“Kontrak ISS ini akan memberi kesan bahan terhadap pendapatan kumpulan BHIC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 selain menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, di sini, semalam.

Dalam kenyataan berasingan, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan BHIC, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata, kontrak itu membolehkan syarikat meneruskan penyenggaraan kedua-dua kapal selam berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 7:43 AM