SKUAD negara perlu lebih tangkas hadapi Jepun.
SKUAD negara perlu lebih tangkas hadapi Jepun.
Oleh Aziman Rosdi

Kelana Jaya: Jaga maruah negara! Itu pesanan jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) supaya berjuang habis-habisan menentang Jepun pada aksi terakhir Kumpulan I Kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam malam ini.

Mengambil kira kekuatan lawan yang kini menduduki tangga teratas kumpulan hasil dua kemenangan ke atas Vietnam 2-0 dan Macau 7-0, Malaysia kini mengharapkan keajaiban untuk mencipta kejutan.

Selepas tewas kepada Vietnam 1-2 dan mencatat kemenangan kurang meyakinkan ke atas pasukan kerdil Macau 2-0, sudah ada kedengaran desakan supaya Razip bertanggung jawab jika sasaran diletakkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak tercapai.

Namun dengan mengambil kira format rekod pertemuan (head-to-head), skuad negara sebenarnya masih berpeluang mara ke pusingan akhir di Qatar tahun depan selaku sekurang-kurangnya lima pasukan kedua terbaik pusingan kelayakan.

Razip yang sudah mengkaji permainan Jepun bersedia mengerah keringat anak buahnya supaya mencipta sesuatu atau jika kalah, tidak sehingga diaibkan Jepun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 7:11 AM