NAZMI (tengah) mahu rakan beri aksi 110 peratus.
NAZMI (tengah) mahu rakan beri aksi 110 peratus.
Oleh Aziman Rosdi

Kelana Jaya: “Ini tempat kita, ini rumah kita jadi tak mustahil kita tidak boleh beri aksi 110 peratus, kata pemain tengah skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Muhamad Nazmi Faiz Mansor menjelang aksi getir menentang Vietnam pusingan kelayakan AFC B-23 di Stadium Shah Alam malam ini.

Nazmi, 21, yang kini menjadi antara tonggak berpengalaman dalam skuad bimbingan Razip Ismail itu berkata, mereka perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan bukannya lebih tertekan.

“Bagi saya kelebihan memihak kepada pasukan kita kerana bermain di sini. Semua perlawanan penting tapi paling penting perlawanan dengan Vietnam kita harus menang,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Wisma FAM.

Skuad muda negara menjalani latihan terakhir semalam sebelum memulakan kempen kelayakan Kumpulan I menentang Vietnam hari ini, Macau (Ahad) dan Jepun (31 Mac).

Nazmi antara tonggak negara ketika pusingan kelayakan 2012 di Yangon yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat kumpulan apabila tumpas pada perlawanan terakhir menentang Myanmar penuh kontroversi dengan dakwaan pasukan tuan rumah menurunkan pemain lebih umur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 7:10 AM