GAYA ke parti.
GAYA ke parti.
BERBEZA lain daripada lain.
BERBEZA lain daripada lain.
BEG tangan comel merah jambu.
BEG tangan comel merah jambu.
TAMPIL segar dengan perincian kuning pada bahagian tepi beg.
TAMPIL segar dengan perincian kuning pada bahagian tepi beg.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Beg tangan adalah antara aksesori wajib pelengkap gaya wanita. Kehadiran beg tangan yang sesuai turut menambahkan kecantikan dan keanggunan si pemakai. Ada dalam kalangan wanita inginkan penampilan sedondon dengan busana, kasut dan juga beg tangan bagi memastikan mereka kekal anggun ketika menghadiri acara.

Tidak hairan sebilangan besar wanita memiliki banyak koleksi beg tangan berlainan, yang pastinya daripada reka bentuk, saiz, jenama dan material berbeza.

Bersempena musim bunga 2015 Balenciaga melancarkan koleksi beg tangan bertemakan gaya formal dan kasual hasil rekaan Pengarah Kreatifnya, Alexander Wang. Hadir bagi memenuhi cita rasa wanita yang gemar bergaya himpunan beg tangan dalam pelbagai gaya ini pastinya menjanjikan kelainan kerana menampilkan sisi berbeza wanita.

Kualiti pembuatan tidak perlu dipertikaikan, melihat kepada seni rekaan yang halus ia pasti memuaskan hati penggemarnya. Sama ada tas tangan, beg tangan atau beg tote setiap rekaan menampakkan ciri segar dan mewah.

Selain bahagian luaran dengan warna menawan Balenciaga amat menekankan keselesaan pada bahagian bahu atau ketika di genggaman dengan menggunakan tali lembut supaya mudah digayakan.

Walaupun rona pastel ramai penggemarnya, namun warna asas khususnya hitam masih menjadi pilihan lantaran ia sesuai digayakan dalam pelbagai acara. Pastinya koleksi musim bunga Balenciaga 2015 ini amat dinanti-nantikan penggemarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:04 AM