PADANAN beg tangan, kasut bersesuaian pasti menambah keriangan berganda kepada wanita.
PADANAN beg tangan, kasut bersesuaian pasti menambah keriangan berganda kepada wanita.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Padanan tanpa perhiasan sesuai akan kurang serinya. Dalam apa juga penggayaan, gandingan hebat bukan saja dilihat dari segi helaian busana yang digayakan sebaliknya perhiasan yang menjadi pilihan.

Untuk itu, dua keperluan utama wanita, beg tangan dan kasut tentunya akan menjadikan gaya seseorang bertambah anggun sesuai untuk acara yang akan dihadiri.

Bagi penggemar gaya klasik dan sesuai sepanjang zaman, untuk musim perayaan kali ini CR2 menyediakan koleksi hebat menerusi padanan beg tangan dan kasut yang sudah pasti akan menambah keriangan berganda kepada wanita.

Sesuai dengan suasana Aidilfitri yang masih terasa, setiap rekaan bukan saja mampu digayakan ketika menghadiri acara rumah terbuka sebaliknya boleh dipakai ke pejabat atau ketika hari biasa.

Setiap rekaan memberikan tumpuan kepada potongan juga perincian dan warna. Struktur beg tangan tampak kukuh terutama pada bahagian dalam.

Untuk setiap rekaan, ia hadir dalam tiga rona memikat, juga boleh dipelbagaikan cara penggayaannya sama ada digenggam, digalas atau disilang. Ini menjadikan setiap beg memberikan fungsi berbeza, bergantung kepada acara yang akan dihadiri.

Wanita yang gemar membawa banyak barang seperti tablet boleh memilih beg besar. Ia kukuh kerana material digunakan tahan lasak dan berkualiti menjadikan si pemakai tidak ragu membawa ke mana saja. Semua koleksi CR2 ini boleh didapati di semua kaunter CR2 seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 5:01 AM