PADANAN blaus polos dan gaun pendek berbunga tampil berbeza.
PADANAN blaus polos dan gaun pendek berbunga tampil berbeza.
GAUN pendek dengan perincian tali pinggang memberikan keyakinan kepada wanita.
GAUN pendek dengan perincian tali pinggang memberikan keyakinan kepada wanita.
CETAKAN abstrak pada blaus dan gaun pendek memberikan imej segar kepada si pemakai.
CETAKAN abstrak pada blaus dan gaun pendek memberikan imej segar kepada si pemakai.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Sebagai pendekatan baru musim ini, jenama Flow mengetengahkan himpunan segar menggabungkan estetika utamanya iaitu bergaya dan selesa yang memberi tumpuan kepada potongan, warna serta fabrik digunakan. Diilhamkan menerusi Taman Eden, Flow Holiday 2015 dipenuhi warna gelap sebagai lambang wanita yang penuh keyakinan dan semangat melakukan sesuatu.

Namun bagi mempelbagaikan cita rasa pereka turut menggunakan rona ceria seperti merah, ungu, biru dan merah jambu sesuai dengan acara yang akan dihadiri. Cetakan mawar Parsi dipilih sebagai ilham utama apabila menjadi tema pada helaian gaun satin begitu juga dengan tambahan perincian sulaman bunga pada bahagian lengan baju yang memberikan kelainan kepada si pemakai.

Dengan memberikan perhatian menerusi cetakan bunga flora dan fauna serta warna yang lebih berani ia pastinya mengangkat aliran fesyen kali ini kepada sesuatu yang lebih bernilai dan segar.

Koleksi ini sudah pasti menyuntik elemen percutian yang didambakan apabila menyediakan koleksi pakaian pendek seperti gaun polos, skirt dan seluar yang memberikan gaya jalanan yang cukup ringkas, namun menyerlah. Ia diadun pada fabrik sifon lembut yang memberikan alunan meriangkan terutama ketika bercuti.

Menjadikan setiap helaian tampil memikat, tambahan perincian seperti manik, rantai logam serta bukaan pada leher, bahu dan poket sebagai daya penarik manakala ikatan pada pingĀ­gang menzahirkan ilusi ramping pada wanita.

Rekaan yang minimalis, namun menyerlahkan gaya si pemakai menjadi tanda pengenalan kepada konsep Flow Holiday 2015. Ia bertujuan menjadikan wanita lebih bersedia menghadiri sebarang acara. Flow bukan saja diilhamkan bagi menceriakan percutian namun padanan ringkas dan menawan ini memberikan lebih pilihan kepada wanita untuk bergaya sama ada ketika menghadiri majlis makan malam atau acara santai.

Untuk melengkapkan penampilan, perlu bijak memilih rona sepatu dan beg tangan. Semua koleksi Flow boleh didapati di butik atau menerusi dalam talian www.flowclothing.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:00 AM