Oleh Siti Zarinah Sahib

Menjelang 2015, selain pemilihan busana yang menambat hati wanita, perhiasan seperti beg tangan antara yang menjadi keutamaan.

Penampilan sememangnya tidak lengkap tanpa perhiasan tangan yang akan menambah nilai penggayaan. Sebagai jenama terkenal, Carlo Rino sentiasa memahami dan mengambil kira kehendak pelanggan yang inginkan bukan saja beg yang mampu dibawa ke pejabat, tetapi untuk pelbagai acara.

Sebagai langkah penjimatan, beg tangan pelbagai guna mampu memberikan kelebihan bukan saja menjadi peneman ketika bergaya, tetapi juga memberikan keyakinan ketika menghadiri acara.

Selain itu, keberanian Carlo Rino menampilkan warna terang di samping warna biasa menambah nilai keistimewaan kepada peminat yang menyukai rona sebegini serta mampu menyerlahkan penampilan si pemakai.

Sentiasa tampil dengan konsep segar, anggun dan bergaya, koleksi Carlo Rino ini sememangnya sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan. Rona kuning, merah, merah jambu, biru dan ungu pastinya akan menjadi pilihan.

Ia bukan sekadar menterjemahkan makna di sebalik gaya, tetapi pemakaiannya lebih praktikal, sempurna dan boleh mengubah gaya anda dari siang ke malam, kasual dan formal.

Selain beg tangan, potongan sepatu yang ditampilkan amat mengikut cita rasa dan keselesaan si pemakai. Rekaannya juga menggunakan tapak tebal dan lembut kerana sesuai dipakai untuk aktiviti harian anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 January 2015 @ 5:01 AM