Kisah artis ini menjalin hubungan dengan seorang pelakon pernah menjadi bualan sedangkan dalam masa yang sama dia sudah mempunyai kekasih.

Baru-baru ini SS dapat tahu hubungan mereka kembali terjalin disebabkan artis itu membuat pengakuan yang dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan kekasih hatinya.

Difahamkan, ketika gosip dia dengan pelakon itu tersebar, mereka memang sedang mengenali hati budi masing-masing disebabkan artis itu sudah dapat menghidu perbuatan curang kekasihnya.

Namun, demi menjaga hati ramai pihak dia terpaksa berbohong dengan semua orang. Apabila sudah tiada apa-apa hubungan dengan kekasihnya, mereka dikatakan semakin intim.

Tambahan lagi, pelakon berkenaan juga kini solo membuatkan mereka tiada masalah untuk menjalin hubungan cinta.

Cerita teman SS, kedua-duanya mengalami nasib yang sama iaitu sang kekasih curang. Justeru sangat sesuailah mereka bersama mungkin akan lebih memahami perasaan masing-masing.

Sedih pula SS dengar cerita mereka berdua ini. Apa pun SS doakan semoga masing-masing lebih tahu menghargai pasangan selepas ini.

SS: Tidak sabar menunggu satu pasangan artis ini diserbu jabatan agama kerana bersekedudukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 11:04 AM