Mohamed Farid Noh


Johor Bharu: Kira-kira 500 anggota warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kenalan dan waris menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram, pagi ini.

Solat jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, bermula jam 10.40 pagi tadi.

Solat jenazah diketuai Imam Daerah Johor Bahru, Mohd Nazri Ali .

Turut serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Ketua Polis Johor Deputi Komisioner, Afandi Senin.

Sebelum itu, warga IPK Johor memenuhi masjid seawal jam 9 pagi untuk bacaan Yasin dan tahlil yang turut disertai Azhar Khaiden, 54 yang juga bapa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar akan dikebumikan di Bidor, Perak manakala jenazah Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said akan dikebumikan di Gambang, Kuantan, Pahang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain  turut serta solat Jenazah anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut serta solat Jenazah anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 11:30 AM