MODEL menunjukkan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 4G.
MODEL menunjukkan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 4G.

Kuala Lumpur: Rangkaian perkhidmatan Internet 4G, Yes mengumumkan beberapa tawaran telefon pintar atau tablet apabila melanggan pakejnya di PIKOM Fair 2015.

Telefon pintar model Xiaomi Redmi Note 4G berharga pasaran RM589 ditawar secara percuma bersama pelan Super Postpaid.

Xiaomi Redmi Note 4G beroperasi di atas platform Android 4.4 (Kitkat) terbaru yang dioptimumkan dengan MIUI versi 5 dan menawarkan 5.5 paparan HD IPS dengan 2 GB RAM dan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon quad-core 1.6GHz.

Huddle XS iaitu peranti 4G hotspot mudah alih bernilai RM480 juga diberi secara percuma kepada pelanggan pelan ini di PIKOM Fair 2015.

Bagi pelanggan yang ingin membeli Samsung Note 4 pula (harga pasaran RM2,499), pelan Huddle XS Super Postpaid menawarkan telefon pintar ini dengan harga bermula RM799.

Sementara itu, pengunjung yang inginkan tablet boleh mendapatkan tablet 7-inci Acer Iconia One 7 dengan pemprosesan Intel Atom 1.5 GHz dan Yes Huddle XS bersama pelan Super Postpaid.

Pelan Super Postpaid dengan kontrak 24 bulan termasuk kuota data bulanan sebanyak 10 Gigabyte (10 GB) sebulan selain 2,000 minit panggilan percuma dan 2,000 sistem pesanan ringkas (SMS) secara percuma.

Maklumat lanjut boleh didapati di lokasi Yes di 101-103 PIKOM Fair 2015 di Pusat Konvensyen KL.

PIKOM Fair 2015 berlangsung sehingga 1 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 3:44 AM