PELAN Pasca Bayar Super Lengkap Redmi Note 2.
PELAN Pasca Bayar Super Lengkap Redmi Note 2.

Kuala Lumpur: Yes, jenama mudah alih 4G di bawah YTL Communications melancarkan pelan lengkap baru dikenali Pelan Pasca Bayar Super Lengkap Redmi Note 2 di mana pelanggan boleh memiliki telefon pintar terkini Xiaomi 4G LTE di Malaysia itu pada harga RM699 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) secara percuma.

Tawaran terbabit boleh dinikmati apabila mereka mendaftar bagi pelan pasca bayar Yes Super 98 atau hanya untuk RM599 dengan Super 68 di mana kedua-dua pelan lengkap itu datang dengan kontrak selama 24 bulan.

Untuk Super 98, pelanggan hanya perlu melakukan bayaran pendahuluan RM549 di mana ia akan menjadi rebat sepenuhnya bagi sepanjang tempoh terbabit manakala bayaran pendahuluan untuk Super 68 dikecualikan.

Selain itu, pelan lengkap Redmi Note 2 ini menawarkan data internet sehingga 10GB pada harga serendah RM71 setiap bulan selepas rebat di mana ia memberikan lebih nilai bagi data internet kepada pelanggan pada kadar berpatutan.

Sebagai tambahan, pelanggan akan menerima peranti hotspot mudah alih Huddle XS secara percuma (harga pasaran RM509 dengan GST) dengan kapasiti menghubungkan lima peranti yang menggunakan WiFi pada masa sama sekali gus membenarkan pelanggan berjimat sehingga RM1,208 untuk memiliki kedua peranti terbabit.

Redmi Note 2 adalah peranti premium yang dilengkapi spesifikasi berkualiti tinggi pada harga rendah di mana ia beroperasi menggunakan Android 5.0 (Lollipop) dan dikuasakan pemproses 2GHz octa-core MediaTek Helio X10 serta memiliki ciri-ciri dual SIM bagi kemudahan pengguna mudah alih.

Pada masa ini, Yes menawarkan Redmi Note 2 dalam varian warna putih dan kelabu gelap di mana pelanggan boleh melawat ke cawangan kedai konsep Yes, Rakan Runcit Eksklusif Yes, Rakan Eksklusif Yes dan kedai Oh Yes untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar bagi menikmati Pelan Pasca Bayar Super Lengkap Redmi Note 2 ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 6:46 AM