PERANTI Huddle XS (kiri) dan Xiaomi Redmi 2
PERANTI Huddle XS (kiri) dan Xiaomi Redmi 2

Kuala Lumpur: Rangkaian perkhidmatan Internet 4G, Yes mengumumkan pelan terbaru yang menawarkan telefon pintar model Xiaomi Redmi 2 berharga pasaran RM449 secara percuma dengan Pelan Pascabayar ‘Super’ 24-bulan yang layak.

Selain itu, pelanggan pelan ini juga mendapat peranti hotspot Huddle XS bernilai RM480 secara percuma serta panggilan sehingga 2,000 minit dan 2,000 SMS dengan bayaran RM31 sebulan.

Sebagai tambahan, pelan ini turut menawarkan data tambahan sehingga 1GB sebulan, sekaligus memberikan pelanggan sehingga 7GB data bulanan untuk melayari Internet.

Menerusi pelan yang baru ini, pelanggan boleh mendapatkan Redmi 2 tanpa perlu menunggu jualan online oleh Xiaomi Malaysia.

Xiaomi Redmi 2 lebih tipis dan dikuasakan oleh pemprosesan 4 teras 64-bit 1.2GHz Qualcomm Snapdragon 410 bersama 1GB RAM dan kapasiti setoran dalaman 8GB.

Ia juga dilengkapkan dengan dua kamera iaitu kamera 8 megpiksel di belakan dan2 megapiksel di hadapan.

Selain keupayaan sim berganda dan 4G LTE, telefon pintar ini juga dilengkapkan dengan paparan 4.7 inci 720p HD yang berlapis IPS sepenuhnya untuk tontonan yang lebih jelas.

Didatangkan dengan sistem operasi Android 4.4 (KitKat), ia menggunakan antaramuka MIUI 6 yang terbaru dan memiliki bateri berkapasiti tinggi 2,200 mAh.

Buat masa ini, Yes menawarkan Xiaomi Redmi 2 dalam warna putih. Maklumat lanjut mengenai Xiaomi Redmi 2 dengan promosi 'bundle' Pelan Pascabayar 'Super' Huddle XS boleh didapati di https://www.yes.my/v3/personal/whats-hot/redmi2.do.

Pelanggan juga boleh melayari Yes Online Store di http://www.yes.my/shop untuk mendapatkan tawaran Redmi 2 online yang eksklusif.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 7:04 PM