Siri baru Redmi Note 11 digelar ‘raja kelas pertengahan’. - Foto Xiaomi
Siri baru Redmi Note 11 digelar ‘raja kelas pertengahan’. - Foto Xiaomi
Muhamad Shaifullah Tayep

JENAMA peneraju teknologi global, Xiaomi melancarkan siri Redmi Note 11 yang terdiri Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11, baru-baru ini.

Bersempena pelancaran barisan model yang menjadi juara telefon pintar kelas pertengahan itu, Xiaomi akan mengadakan tiga siri jelajah di Sunway Pyramid, Selangor; Queensbay Mall, Pulau Pinang dan AEON Tebrau City, Johor.

Pelanggan terawal yang membeli peranti siri Redmi Note 11 di siri jelajah berkenaan yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Februari 2022 layak membawa pulang hadiah premium bernilai RM457 setiap satu.

Pengunjung pusat beli-belah yang berada di lokasi siri jelajah berkenaan juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik sekiranya menyertai aktiviti disediakan yang diadakan untuk memperkenalkan beberapa teknologi terbaru pada peranti siri Redmi Note 11.

Rebut hadiah premium bernilai RM457 secara keseluruhan merangkumi Redmi Buds 3 Lite berharga RM99, Mi Composition Scale 2 berharga RM119, beg kanvas berjenama bersama selimut bantal lembut bernilai RM139 dan juga baucar AIoT ekslusif dari Xiaomi yang bernilai RM100.

Jangan lepaskan peluang mendapatkan peranti terbaru siri Redmi Note 11 yang sarat dengan ciri dan spesifikasi hebat seperti telefon pintar kelas pertengahan bersama hadiah premium kerana kuantiti terhad untuk pengunjung terawal sahaja.

Hasil gambar sempurna

Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S dilengkapi sensor utama 108 megapiksel (MP), manakala Redmi Note 11 pula dilengkapi sensor utama 50MP yang mampu mengambil gambar dengan julat dinamik dan prestasi warna lebih tinggi bagi mengeluarkan hasil sempurna walaupun dalam cahaya malap.

Bahagian hadapan Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S pula dilengkapi kamera hadapan 16MP yang mampu mengambil swafoto jelas dan kelihatan semula jadi.

Selepas ini, saat-saat indah bersama yang tersayang dapat diabadikan dengan lebih jelas supaya memori bermakna itu tersimpan selamanya.

Warna, perincian lebih terang

Image

Redmi Note 11S pula mempunyai kadar penyegaran tinggi sehingga 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan sehingga 180Hz.

Siri Redmi Note 11 juga meningkatkan pengalaman skrin dengan animasi yang lebih lancar dan peralihan bebas lag serta mencatat sentuhan jari yang lebih tepat.

Dengan saiz skrin 6.67 dan 6.43 inci, siri Redmi Note 11 memaparkan warna dan perincian  lebih terang, sambil mengekalkan kesegaran serta kejelasan walaupun dalam cahaya siang yang terang.

Reka bentuk tepi siri Redmi Note 11 juga dihasilkan rapi dan rata supaya paparan yang dilihat pengguna lebih lancar.

Justeru, tiada lagi gangguan ketika menonton video atau bermain permainan video dengan paparan skrin yang rata di bahagian tepi.

Ia juga dilengkapi dwi pembesar suara 'super linear' yang terletak di bahagian atas dan bawah telefon supaya bunyi terhasil lebih jelas seterusnya memberikan pengalaman telefon pintar terbaik buat pengguna.

Penuh kuasa

Image

Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan oleh pemproses octa-core Snapdragon®️ 695 tercanggih yang dilengkapi sambungan 5G, teknologi 6nm peringkat perdana dan kelajuan jam sehingga 2.2 GHz.

Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S kedua-duanya mempunyai pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju dan sehingga 8GB RAM.

Justeru, tiada lagi gangguan ketika bermain permainan video sama di dalam talian bersama rakan dan ahli keluarga selepas ini.

Redmi Note 11 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon®️ 680 yang dibina menggunakan proses 6nm peringkat perdana untuk menyampaikan prestasi unggul sambil menjimatkan kuasa.

Keempat-empat peranti siri Redmi Note 11 disertakan bateri berkapasiti besar 5,000mAh.

Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya kehabisan bateri ketika berada di luar rumah kerana kapisiti bateri disertakan pada siri Redmi Note 11 mampu bertahan sepanjang hari.

Di samping kapasiti bateri yang luar biasa, siri Redmi Note 11 iaitu Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro disertakan pengecasan turbo 67W tahap perdana Xiaomi yang hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengisi 50 peratus bateri*.

Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 pula menampilkan pengecasan pantas 33W Pro yang membolehkan anda mengecas sehingga 100 peratus dalam masa sejam*.

Kini, anda boleh mengecas telefon pintar ketika bersiap sebelum keluar rumah dan tidak perlu bimbang lagi akan isu kehabisan bateri.

Redmi Note 11 Pro 5G (8GB+128GB) dan Redmi Note 11 Pro (8GB+128GB) masing-masing boleh didapati pada harga RM1,299 dan RM1,099.

Manakala, Redmi Note 11S (8GB+128GB) dan Redmi Note 11 (6GB+128GB) pula masing-masing boleh didapati pada harga RM999 dan RM799.

Image

Dapatkan telefon pintar pilihan anda di siri jelajah Xiaomi di Sunway Pyramid, Selangor; Queensbay Mall, Pulau Pinang dan AEON Tebrau City, Johor untuk membawa pulang hadiah premium bernilai RM457 setiap satu.

Kunjungi siri jelajah Xiaomi berdekatan anda bermula 23 Februari 2022 atau layari laman web Xiaomi untuk membeli siri Redmi Note 11 secara dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Februari 2022 @ 5:29 PM