Jujurnya, Cik Pang terkejut mendengar cerita mengenai sikap pelakon jelita meningkat naik, Aishah Ilias yang didakwa kurang berdisiplin di set drama.

Pada mulanya, Cik Pang tak nak ambil tahu tapi bila kerap sangat cerita sama singgah di telinga Cik Pang, berbulu juga telinga ni!

Teman Cik Pang mengadu pelakon itu didakwa kurang ajar dengan kru dan beberapa pelakon lama di set drama itu. Kalau kurang ajar setakat tunjuk muka 'kerek' tak apa lah, ini siap naikkan suara pada pelakon wanita senior.

Malah, pengarah dan kru lain terpaksa menghadap perangainya yang didakwa sering lewat ke set.

Kata teman Cik Pang, Aishah sangat bermuka-muka apabila di depan orang lain. Malah, dia dilihat pandai menarik simpati orang seolah-olah dia tidak bersalah. Sampai macam itu sekali dakwaan teman Cik Pang mengenai Aishah.

Cik Pang sebenarnya tidak kenal sangat pelakon baru ini. Yalah, baru setahun jagung dan nama pun belum pernah tercalon dalam mana-mana anugerah hiburan prestij.

Namun, beberapa teman Cik Pang lain yang pernah terserempak dengannya mendakwa dia sangat merendah diri dan pemalu.

Entahlah, mana satu yang betul. Kalau betul Aishah buat perangai di set dan tidak hormat orang lebih berpengalaman dengannya, nasihat Cik Pang tolong ubah perangai buruk itu kalau mahu berada lama dalam industri lakonan.

Namun kalau salah dan ternyata dia merendah diri dan pemalu, eloklah kekalkan jati diri mulia itu seindah nama Aishah yang diberi. Ingat ya!

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:01 AM