Selepas memutuskan hubungan dengan pelakon Azwan Kombos, Nad Zainal bercinta pula dengan pendatang baru, Hefny Sahad. Namun hubungan mereka hanya bertahan beberapa bulan berikutan salah faham yang berlaku di lokasi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna pada Ogos lalu.

Kalau mengikuti perkembangan pasangan ini, pasti pernah terbaca yang Nad dikatakan menyerang Hefny di lokasi penggambaran berkenaan dan perkara itu turut disaksikan kru bertugas.

Bagaimanapun, Hefny menafikan Nad me-nyerangnya tetapi mengakui keretakan hubu-ngan mereka berpunca daripada salah faham yang berlaku di lokasi itu.

Perkara itu sudah berlalu, baik Nad mahupun Hefny kini ada jalan sendiri. Terbaru, Sha dengar khabar angin Nad sukakan pelakon baru yang kian mendapat perhatian ramai pengarah dan penerbit. Tidak dinafikan, pelakon itu berbakat besar dan ada rupa.

Pendek kata, ramai peminat jatuh hati dengan ketampanan pelakon itu. Pernah juga Sha dengar rakan memuji pendatang baru terbabit. Kata mereka, orangnya merendah diri, tidak sombong dan pandai bawa diri.

Tidak hairan mengapa dia menjadi rebutan pengarah. Berbalik pada cerita Nad, Sha tak pasti pula sejauh mana perasaan suka pelakon comel ini terhadap pelakon lelaki itu.

Suka itu bersifat subjektif, tidak semestinya ia membawa maksud jatuh cinta. Mungkin suka sebagai kawan atau rakan sesama artis.

Namun ada suara nakal mengusik, kalau Nad dan pelakon itu bercinta pun bagus juga. Yelah, masing-masing solo, sama cantik sama padan pula tu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:00 AM