Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Polis menahan seorang lelaki yang positif ketamin dan mengeluarkan 17 saman terhadap pemandu kenderaan dalam Operasi Cegah Lumba Haram di Jalan Dato Bandar Tunggal dan Jalan Yam Tuan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota trafik dengan bantuan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa 42 kereta dan 28 motosikal.

Katanya, op bermula 12.01 tengah malam sehingga 4.30 pagi itu menyaksikan 17 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu, insurans tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan pengubahsuaian ekzos.

Katanya, dalam operasi itu pihaknya turut menahan seorang lelaki yang positif ketamin dan empat remaja berusia 19 hingga 29 tahun yang memandu secara melulu.

"Saman dikeluarkan dan mereka yang ditahan membabitkan pelajar, mekanik, pemandu lori dan penjawat awam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 10:28 AM