Sebahagian daripada lima rumah yang musnah dalam kebakaran  di Kampung Paya Rambai Jalan Bayam, pagi tadi. FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Sebahagian daripada lima rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Paya Rambai Jalan Bayam, pagi tadi. FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Paya Rambai Jalan Bayam di sini, hari ini.

Kejadian 10.30 pagi itu membabitkan 15 mangsa dan kerugian dianggarkan RM143,000.

Pegawai Operasi Balai Bomba Kota Bharu Pegawai Bomba Tinggi Azmi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.35 pagi.

Katanya, kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 10 minit.

"Ketika tiba kebakaran sudah 40 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 1:27 PM