SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Krai, hari ini. FOTO ihsan Bomba
SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Krai, hari ini. FOTO ihsan Bomba
Rosliza Mohamed=


SEBUAH rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, hari ini.

Kebakaran jam 4.30 pagi berlaku ketika pemilik tiada di rumah kerana berada di Pahang.

Kejadian disedari jirannya Zamri Puar Zakaria, 46, sebaik terdengar letupan seperti mercun dan terkejut melihat kepulan asap serta api.

Dia kemudian bertindak menghubungi bomba untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

"Ketika kejadian saya baru pulang dari rumah emak yang tinggal berdekatan.

"Nasib baik pasukan bomba cepat bertindak kerana rumah saya agak dekat dengan rumah berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Penolong Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.35 pagi.

Katanya, ketika sampai kebakaran sudah 70 peratus dan api dapat dikawal dalam masa 10 minit.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2017 @ 12:30 PM