IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cemas seketika apabila ibu jari tangan kirinya terlekat pada tombol pintu rumahya di Kampung Yaacobiah, Jalan Bayam, di sini, hari ini.

Khairul Abidin Khairuddin, 5, pada awalnya cuba menutup pintu bilik sebelum ibu jari tangan kirinya terlekat pada tombol pintu yang dipercayai rosak.

Pegawai Bomba Kanan II Kota Bharu, Mohd Rozi Jusoh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.35 pagi.

“Kami mengambil kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit di tombol pintu berkenaan dengan selamat. Dia tak cedera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 8:40 PM