Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Pulai Hilir, Kubang Kerian, pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Pulai Hilir, Kubang Kerian, pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pulai Hilir, Kubang Kerian, di sini pagi tadi.

Kejadian jam 10.10 pagi itu berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.16 pagi dan seramai 26 anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kediaman itu yang didiami tiga beranak sudah 80 peratus terbakar sebelum anggota pasukan berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 10 minit.

"Setakat ini punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 2:56 PM