PINTU kecemasan dalam pesawat.
PINTU kecemasan dalam pesawat.

Beijing: Marah dan bosan kerana pesawat mereka lewat terbang, dua penumpang China membuka pintu kecemasan ketika kapal terbang itu bergerak perlahan ke landasan.

Tindakan mereka menyebabkan pesawat itu membatalkan penerbangan dan kedua-dua penumpang itu dipenjara, kata polis semalam.

Ia kes terbaru membabitkan penumpang pesawat dari China dan berlaku awal semalam di Chengdu, bandar di barat daya negara itu.

Penerbangan pesawat China Eastern berkenaan sebelum itu ditunda kerana berlaku ribut salji.

Kerana tidak berpuas hati dengan penundaan itu dan kekurangan ventilasi, seorang lelaki bernama Zhou membuka tiga pintu kecemasan bagi menghalang ia terbang.

Tindakannya memaksa pesawat itu kembali ke terminal, lapor stesen televisyen tempatan.

Seramai 25 penumpang dalam senarai kumpulan pelancong bersama Zhou, ditahan untuk disoal sementara yang lain dibenarkan berlepas dengan penerbangan lain ke Beijing.

Jurucakap China Eastern berkata, sistem ventilasi pesawat ditutup ketika kerja mencairkan ais.

Industri penerbangan China adalah yang kedua terbesar di dunia, tetapi kesesakan dan kawalan ketat ruang angkasa oleh tentera negara itu menjadikannya negara paling banyak menangguhkan penerbangan di dunia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:16 AM