Foto diperoleh daripada Facebook dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada penumpang
Foto diperoleh daripada Facebook dipercayai dimuat naik oleh seorang daripada penumpang
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sibu: Malaysia Airlines (MAS) dan pihak berkuasa Lapangan Terbang Sibu kini dalam usaha mengalihkan pesawat yang tergelincir, malam tadi, keluar dari landasan.

MAS dalam kenyataannya, hari ini, berkata, pihaknya sudah menghantar peralatan mengalih pesawat dari Kuala Lumpur untuk operasi pengalihan dijalankan.

Menurutnya, Lapangan Terbang Sibu akan ditutup sehingga 8 malam ini, untuk memastikan operasi pengalihan pesawat dijalankan.

"MAS juga membatalkan penerbangan untuk laluan Kuala Lumpur ke Sibu dan penumpang akan diberikan penerbangan lain.

"Pasukan siasatan juga sudah dihantar ke Sibu untuk membolehkan penyiasatan lanjut berhubung kejadian dijalankan segera," katanya.

Katanya, MAS juga dapat usaha untuk menyerahkan semua bagasi dan ia akan di hantar secepat mungkin kepada penumpang.

Menurutnyam, semua penumpang dan anak kapal sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mereka disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"MAS akan memberikan kerjasama penuh sepanjang penyiasatan insiden ini dijalankan," katanya.

Dalam kejadian 10.17 malam tadi, pesawat MH2718 dari Kuala Lumpur ke Sibu tergelincir ketika mendarat berikutan hujan lebat.

Semua 61 penumpang termasuk dua kanak-kanak serta enam anak kapal berjaya keluar daripada pesawat Boeing 737-800 itu menggunakan pintu kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 11:14 AM