NINA Juren. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
NINA Juren. FOTO Nurul Syazana Rose Razman.
Ramlah Zainal


Sekian lama menyepi, Datin Nina Juren kembali mengubat kerinduan peminat menerusi lakonan mantapnya dalam drama Dia Semanis Honey yang mendapat sambutan ramai di Astro Ria sebelum ini.

Ternyata, watak ibu dilakonkan dalam drama bersiri arahan Michael Ang itu memberi impak tersendiri kepada penonton.

Malah pelakon yang pernah menempa nama menerusi filem Lenjan pada 1998 ini berkata, undangan berlakon tidak putus diterimanya sejak berlakon dalam drama bersiri berkenaan.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana kemunculan semula diterima peminat.

Terus terang, saya tidak pernah bosan melakonkan watak ibu kerana sebagai pelakon, saya pastikan karakter itu berbeza dan bukan sekadar memenuhi ruang saja,” ujarnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:15 AM