KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Zairee Yasak
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Zairee Yasak
Rizanizam Abdul Hamid


Melaka: Dua daripada tiga penuntut yang maut dalam kemalangandua di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Taman Cheng Bestari hari ini dikenal pasti sebagai Mohd Aiman Hakim Badrul Hisham, 19, dan Nik Muhammad Sajirin Nik Hazairi, 19.

Bagaimanapun, identiti seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti.

Sementara itu tinjauan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka mendapati, suasana diselubungi kesedihan selain kelihatan beberapa ahli keluarga dan waris mula berada di pekarangan jabatan forensik.

Dalam kejadian 11 pagi, hari ini, Perodua Viva yang dinaiki ketiga-tiga mangsa yang maut dalam perjalanan dari arah Bandar Melaka ke Alor Gajah dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Gen2 dipandu seorang lagi lelaki.

Seorang pembonceng motosikal turut cedera bahu kanan akibat terkena besi pagar pembahagi jalan yang terpelanting akibat kemalangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 4:45 PM