Keadaan Proton Wira dipandu mangsa. Gambar kecil, Allahyarham Muhammad Nasrullah. FOTO ihsan polis dan pembaca.
Keadaan Proton Wira dipandu mangsa. Gambar kecil, Allahyarham Muhammad Nasrullah. FOTO ihsan polis dan pembaca.
Mohd Hilmie Hussin


Alor Gajah: Seorang lelaki maut ketika menerima rawatan di hospital selepas terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Rembia, di sini, jam 2.30 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Nasrullah Zahar, 23, yang memandu Proton Wira dari arah Rembia ke Melaka, dipercayai hilang kawalan dan melanggar tangga jejantas.

Mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Pemangku Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, mangsa parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Melaka.

"Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 5 petang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 8:27 PM