WANG  kertas AS$100  yang dikeluarkan dari perut Almeida.  FOTO Agensi
WANG kertas AS$100 yang dikeluarkan dari perut Almeida. FOTO Agensi
Agensi

Bogota: Seorang wanita menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM30,280) dalam usaha menyembunyikannya daripada suami selepas menyedari lelaki itu curang.

Menurut doktor yang mengeluarkan wang berkenaan, wanita warga Colombia itu, Sandra Milena Almeida menelan gulungan wang kertas AS$100 (RM433) itu kerana marah.

Almeida dilapor menyimpan wang itu yang dikumpulkan untuk bercuti bersama suaminya di rumah mereka selepas menjual beberapa barangan elektrik.

Tetapi selepas menyedari suaminya curang, Almeida mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu dan menelan semua wang berkenaan dalam usaha untuk menyembunyikannya.

Keesokannya, Almeida yang berasal dari Piedecuesta, timur laut Colombia dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut teramat sangat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2017 @ 5:32 AM